Sunday, November 11, 2012

Agent/Dealer Wanted

Salam and Hello to everyone,

Here are a good news.. we are searching a great peoples to become our representative.

If you want to ask. Feel free to contact us at 019 367 0049.  ^_^

Tuesday, May 29, 2012

Objektif Kami

Objektif kami :

1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan emas dalam setiap ekonomi keluarga dan diri.

2. Mengajar masyarakat mengenai cara penyimpanan emas atau pelaburan emas yang betul.

3. Membuka ruang kepada masyarakat untuk menjadi usahawan melalui perniagaan emas dengan modal yang kecil.

Monday, April 2, 2012

Apa Yang Perlu Saya Buat?..

Mulakan Simpanan Emas dan Perak Fizikal anda!..
Memulakan simpanan emas dan perak amat mudah sekali!.. Anda hanya perlu bertemu dengan pengedar-pengedar Lemon Gold Trading (LGT), dan kami akan tukarkan Ringgit Malaysia anda dengan Emas dan Perak fizikal serta merta.

Tempoh simpanan?..
Jika kita rujuk aktiviti kenaikan emas sejak 10 tahun lepas, anda disyorkan menyimpan Emas atau Perak sekurang-kurangnya 12 bulan untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 27% dan ke atas. Lagi lama anda menyimpan, lagi tinggi keuntungannya!..

Simpan dimana?..
Terdapat beberapa pilihan, antaranya :
  1. Di rumah anda.
  2. Di peti simpanan swasta atau bank
  3. Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)
Berapa banyak perlu disimpan?..
Ini adalah subjektif. Kami syorkan anda menyimpan secara berkala. Sebagai contoh, asingkan sedikit simpanan bulanan untuk 1-2 oz perak. Bila dapat bonus atau elaun, beli emas dari 20-50 gram.


Emas dan Perak

Kenapa Perlu Simpan Emas?..

  • Emas nilainya sentiasa meningkat.
  • Rekod 10 Tahun Kenaikan Emas adalah 534%.
  • Simpana Emas banyak memberikan kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas.
  • Wang kertas sentiasa akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Nilai wang kertas disusutkan oleh kadar inflasi yang berlaku pada setiap tahun. Sebagai contoh :
  1. Harga kuih pada tahun 2008 - 4 atau 5 biji = RM1.00
  2. Harga kuih pada tahun 2012 - 2 biji = RM1.00
  3. Harga kuih pada tahun 2016?..
  • Emas digunakan sebagai simbol kekayaan dan sebagai barang perhiasan. Sesiapa yang memiliki emas dianggap sebagai orang kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga akan dianggap kaya.
Kenapa Emas Paling Berharga?..
  1. Ia sukar diperolehi.
  2. Emas tidak boleh dibinasakan.
  3. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur.
  4. Ia tidak boleh dimanipulasikan. Nilainya yang terpelihara dan sangat kekal.



Kenapa Perlu Simpan Perak?..
  • Perak merupakan Alternatif Pelaburan selain Emas.
  • Rekod kenaikan 10 Tahun Perak adalah 731%.
  • Lebih 90% alat-alat elektronik mengandungi Perak.
  • Permintaan Perak semakin meningkat disebabkan permintaan barangan elektronik di Pasaran tempatan dan Antarabnagsa.
  • Harga Perak masih murah dan Perak juga mampu dimiliki oleh semua golongan dan peringkat umur untuk memulakan penyimpanan.



Didengar oleh Bakar Ibn Abi Maryam bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda..
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. 
Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk kegunaan).








Info Emas

Tahukah Anda?..

Wang yang diperbuat daripada kertas?..
Semua matawang di dunia hari ini dibuat daripada kertas. Sekeping kertas yang tertera gambar seseorang yang sudah mati atau masih hidup, dan diberikan nombor untuk mewakili nilai kertas itu. Sekeping kertas boleh membeli secawan kopi, sekeping kertas yang lain boleh membeli sebuah beg dan sekeping lagi boleh membeli keperluan harian anda satu keluarga.



Kekayaan yang dicetak?..
Kekayaan hari ini dihasilkan oleh pihak bank dan pemerintah dengan dicetak pada kertas. Mereka diberi kuasa untuk mengawal kekayaan di dalam komuniti mereka. Mereka dibenarkan untuk mencetak wang, menentukan kuasa membeli dan mereka boleh mengambil semula bila perlu. Cuba anda cetakkan sendiri wang kertas anda sendiri. Belum sampai 24 jam.. pasti anda akan ditangkap oleh pihak berkuasa.



Emas dan Perak adalah matawang beribu tahun?..
Sebelum wujudnya sistem kewangan moden kurun ke-19. Emas, perak dan barangan komoditi makanan digunakan sebagai matawang. 4,000 tahun dahulu, emas dijadikan hadiah kepada pemerintah(seperti raja, sultan dan firaun), tuhan-tuhan penyembahan dan dewa-dewa. Kerana ianya diterima pakai oleh semua orang termasuk tamadun-tamadun lain, ianya dijadikan kedalam bentuk syiling supaya mudah dibawa.



Wang kertas susut nilai lebih 50% sejak 25 tahun lepas?..
Anda pasti ingat, RM 1 dahulu boleh membeli 5 biji karipap. Hari ini, RM 1 hanya boleh membeli 2 biji karipap sahaja. Kemana hilangnya 3 biji karipap lagi?..



Emas dan Perak tidak mengalami inflasi?..
Wang emas dan perak tidak pernah mengalami inflasi atau ditelan inflasi. Di zaman Rasulullah s.a.w atau pada zaman arab 1,400 tahun yang lalu.. seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Pada hari ini, selepas 1,400 tahun.. 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing. Cuba anda bayangkan kalau ianya wang kertas?




Apabila perang atau mengalami masalah ekonomi?..
Jika anda kenal pekerja asing seperti indonesia, myanmar atau vietnam.. cuba anda tanya mereka, antara wang kertas atau emas, yang mana mereka pilih? Mereka sudah tentu memilih emas, kerana mereka sudah melalui zaman-zaman perang dan masalah ekonomi yang dahsyat. Kerana emas juga adalah asset yang paling selamat. Cuba anda tanya warga vietnam.. apa yang mereka bawa ketika berhijrah. Mereka mebawa jongkong-jonkong emas.. bukan sekadar kerakyatan vietnam!




Bank dunia menyimpan emas, bukan wang kertas?..
Semua bank dunia sudah lama menyimpan emas dan perak sebagai asset perlindungan atau insuran semasa masalah ekonomi. Mereka tahu betapa tingginya nilai emas dan perak. Jadi, mengapa kita masih lagi menyimpan wang kertas?..





Saturday, March 24, 2012

Friday, March 23, 2012