Tahukah Anda?..
Wang yang diperbuat daripada kertas?..
Semua matawang di dunia hari ini dibuat daripada kertas. Sekeping kertas yang tertera gambar seseorang yang sudah mati atau masih hidup, dan diberikan nombor untuk mewakili nilai kertas itu. Sekeping kertas boleh membeli secawan kopi, sekeping kertas yang lain boleh membeli sebuah beg dan sekeping lagi boleh membeli keperluan harian anda satu keluarga.
Kekayaan yang dicetak?..
Kekayaan hari ini dihasilkan oleh pihak bank dan pemerintah dengan dicetak pada kertas. Mereka diberi kuasa untuk mengawal kekayaan di dalam komuniti mereka. Mereka dibenarkan untuk mencetak wang, menentukan kuasa membeli dan mereka boleh mengambil semula bila perlu. Cuba anda cetakkan sendiri wang kertas anda sendiri. Belum sampai 24 jam.. pasti anda akan ditangkap oleh pihak berkuasa.
Emas dan Perak adalah matawang beribu tahun?..
Sebelum wujudnya sistem kewangan moden kurun ke-19. Emas, perak dan barangan komoditi makanan digunakan sebagai matawang. 4,000 tahun dahulu, emas dijadikan hadiah kepada pemerintah(seperti raja, sultan dan firaun), tuhan-tuhan penyembahan dan dewa-dewa. Kerana ianya diterima pakai oleh semua orang termasuk tamadun-tamadun lain, ianya dijadikan kedalam bentuk syiling supaya mudah dibawa.
Wang kertas susut nilai lebih 50% sejak 25 tahun lepas?..
Anda pasti ingat, RM 1 dahulu boleh membeli 5 biji karipap. Hari ini, RM 1 hanya boleh membeli 2 biji karipap sahaja. Kemana hilangnya 3 biji karipap lagi?..
Emas dan Perak tidak mengalami inflasi?..
Wang emas dan perak tidak pernah mengalami inflasi atau ditelan inflasi. Di zaman Rasulullah s.a.w atau pada zaman arab 1,400 tahun yang lalu.. seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Pada hari ini, selepas 1,400 tahun.. 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing. Cuba anda bayangkan kalau ianya wang kertas?
Apabila perang atau mengalami masalah ekonomi?..
Jika anda kenal pekerja asing seperti indonesia, myanmar atau vietnam.. cuba anda tanya mereka, antara wang kertas atau emas, yang mana mereka pilih? Mereka sudah tentu memilih emas, kerana mereka sudah melalui zaman-zaman perang dan masalah ekonomi yang dahsyat. Kerana emas juga adalah asset yang paling selamat. Cuba anda tanya warga vietnam.. apa yang mereka bawa ketika berhijrah. Mereka mebawa jongkong-jonkong emas.. bukan sekadar kerakyatan vietnam!
Bank dunia menyimpan emas, bukan wang kertas?..
Semua bank dunia sudah lama menyimpan emas dan perak sebagai asset perlindungan atau insuran semasa masalah ekonomi. Mereka tahu betapa tingginya nilai emas dan perak. Jadi, mengapa kita masih lagi menyimpan wang kertas?..